Friday, August 22, 2008

Nyawa d hujung tanduk?

Semalam (21 Ogos) empunya blog jalan-jalan ke Perumahan Telipuk Square, jalan saja-saja cari kawan. Hentah siapa yang patut di persalahkan, apartment yang baru diduduki pada tahun 2000 menampakkan keretakan sejak tahun 2003 tiada respon dari pihak yang bertanggungjawb walaupun telah banyak aduan yang mereka buat. Media tempatan Sabah datang sekadar berziarah, tiada laporan yang di buat. Kini hampir 200 buah keluarga yang tinggal di perumahan retak umpama menunggu ajal.

Menjadi adat wakil-wakil rakyat yang di pilih oleh rakyat tidak akan datang melihat keperitan rakyat, tapi bila perumahan Telipuk Square ranap, baru YB, Menteri2 datang hulurkan bantuan, usap takziah, tunjukkan kebaikan palsu, haprak punya pemimpin.

Empunya blog merasa kesian dengan orang Sabah, dah la hasil bumi dikaut kerajaan pusat, penduduknya ramai yang miskin tahap maksima. Harga barang yang melambung tinggi, PTI yang ramai, orang Islam tidak terbela.....Musa Aman mana ko!!!!

4 comments:

Rahimin Idris said...

eh, kehidupan di hulu tembeling pun teruk juga. saya selalu ke sana. di semenanjung, tempat itu lah satu-satunya yang belum ada jalan darat kecuali jalan balak. balak habis ditebang. harimau gajah masuk kampung. tapi orang kampung memang susah.
di sabah saya tau, memang tertinggal. memang sedih. sabah juga malaysia kan?

anda jumpa alamat blog saya di mana?

sumandak bayu said...

Hishh korang ni Sabah ndak ba juga tertinggal sangat.....kan negeri ni luas kalo korang jadi pemimpin pun take time nak salurkan pembangunan kat sini.

Banyak ba kampung dah naik taraf jan kasi malu ngan orang Kampung di Sabah.

Sekarang ni pun kerajaan dah salur banyak peruntukan untuk Sabah baik dari segi utiliti hingga jalan raya jadi sabar la ye.....

Kalo masalah perumahan kita tanya tukang buat bangunan tu.....Sumandak biasa nampak retak sana sini bangunan flat perumahan tapi ni semua perlu dibagitau dengan kontrakter. Kalo ndak pun anti pigi ja buat aduan kat ketua FLAT confirm ada penyelesaian dia.

Kalo lagi dorang ndak peduli anti masuk dalam blog Sumandak tolongkan... ok bah kalo ko anti di layan

Anonymous said...

salam...syukran diatas ambil berat pd negeri dibawah bayu..:)

Muslimin Agung said...

Pimpinan pljr kena cakna isu ini

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template