Saturday, August 16, 2008

Lelaki Oh lelaki

Sehari sebelum Majlis perkahwinan....semalam sekitar jam 10.40 mlm empunya blog saja-saja mari ke satu acara majlis perkahwinan sesaudara yang akan berlangsung hari ini (16 Ogos). Mula datang tiada kerja yang dilakukan hanya memerhati orang sekeliling. Ramai remaja n kanak-kanak bermain, ketawa, belari lepas itu menangis, lucu tengok keadaannya. Orang-orang tua perempuan sibuk di dapur memasak sambil makan 'sigup' untuk hadirin yang berkunjung. Bermula dari cuci piring, gaul daging dalam kuali besar hinggalah basuh kuali, semua di buat oleh orang perempuan tua.

Terasa kesian pulak makcik-makcik tua itu. Bekerja dengan kuat, berkomunikasi bahasa bajau Kota Belud....empunya blog hanya tersenyum bila ditanya....senyum menandakan tidak faham apa yang di kata.

Terus memerhati, empunya blog maju ke ruang depan melihat situasi orang lelaki. Situasi yang sangat berbeza, orang lelaki umur sekitar 40-an duduk melepak bercerita dengan seanggkatan dengannya. Orang lelaki yang berumur 20-an sibuk menyanyi berkaraoke dan orang lelaki sekitar umur 30-an sibuk bermain terup dan berjudi.

Apa sudah jadi dengan orang lelaki Islam sekarang, lupa apa yang dilarang agama. Mereka lalai dengan hiburan dan kebodohan judi. Pulang bagi makan anak bini duit haram (confirm orang yang guna duit tu jadi ????? ......lelaki oh lelaki....moga Tuhan tidak ketemukan jodoh empunya blog dengan lelaki sebegini.....

3 comments:

Harimau-Menaip said...

Astaghfirullah...dulu saya ada juga layan "pair up", tapi masa jahiliyah dulu. Sekarang, Alhamdulillah. Tidak lagi.

Bagus. Angkatlah minda golongan Muda agar lebih sedar diri.

sjankan said...

nabila paste code ini than u buat setting saiz yg sesuai utk chat room u. Bloger lain pun akan online dari blog masing2 tapi chat box akan muncul di semua blog kita . pls try bagi tau kawan2 yg lain


u p ke blog www.chedet-unlimited.blogspot.com kat chat box ada tulis copy this u copy thn paste kat blog u.

Laxmana said...

Salam...

Majlis2 kahwin di Sabah lebih kurang mcm nih...

Lelaki : main daun terup or domino (orang Bugis cakap main 'doming')

Pompuan : masak2 di dapur sambil2 mengumpat...

Hm...alaaaahai....

p/s : ku masih menanti hadirnya pemuda yang disebutkan sebagai "Pemuda Bani Tamim" itu... Akan kutinggalkan semua ikutanku sekarang, dan akn kuturut dia...

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template