Friday, August 22, 2008

Nyawa d hujung tanduk?

Semalam (21 Ogos) empunya blog jalan-jalan ke Perumahan Telipuk Square, jalan saja-saja cari kawan. Hentah siapa yang patut di persalahkan, apartment yang baru diduduki pada tahun 2000 menampakkan keretakan sejak tahun 2003 tiada respon dari pihak yang bertanggungjawb walaupun telah banyak aduan yang mereka buat. Media tempatan Sabah datang sekadar berziarah, tiada laporan yang di buat. Kini hampir 200 buah keluarga yang tinggal di perumahan retak umpama menunggu ajal.

Menjadi adat wakil-wakil rakyat yang di pilih oleh rakyat tidak akan datang melihat keperitan rakyat, tapi bila perumahan Telipuk Square ranap, baru YB, Menteri2 datang hulurkan bantuan, usap takziah, tunjukkan kebaikan palsu, haprak punya pemimpin.

Empunya blog merasa kesian dengan orang Sabah, dah la hasil bumi dikaut kerajaan pusat, penduduknya ramai yang miskin tahap maksima. Harga barang yang melambung tinggi, PTI yang ramai, orang Islam tidak terbela.....Musa Aman mana ko!!!!

Wednesday, August 20, 2008

Lagi-lagi hiburan (UMS)

video

Kebuzyaan melampau.....tidak sempat menulis hanya memberi Video rakaman dan beberapa foto....konsert sempena tamu Gadang di UMS (Adam & Stacy).

Stand Press Sabah-Kita empunya blog di benarkan masuk ke bahagian media. Hanya ini mampu di kutip. Kejahilan agama C & NC membiarkan hiburan yang salah dari segi agama boleh berlaku. Sekiranya C & NC ada fahaman agama Islam yang dalam walaupun sedikit, tentunya konsert yang membawa kesan negatif kepada penonto ini tidak akan berlaku.

Amar Maruf Nahi munkar...selalu di salah ertikan. Empunya blog hanya mampu menjalankan sedikit ajaran agama, tetapi di salah ertikan yang kononya pelampau agama. Hentah penuduh mestinya tidak memahami APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM sehingga mampu menuduh empunya blog sebagai pelampau agama.

"ala biasa lah kami cuma mahu berhibur", kata salah seorang yang empunya blog tidak kenali. Hati empunya blog hanya mampu berkata di dalam hati. Kejahilannya membuatkan ia berkata sesedap mulutnya yang tanpa di sedarinya ia akan susah di alam sana.....kesian...kesian agama.....penulisan yang akan bersambung.




Saturday, August 16, 2008

Lelaki Oh lelaki

Sehari sebelum Majlis perkahwinan....semalam sekitar jam 10.40 mlm empunya blog saja-saja mari ke satu acara majlis perkahwinan sesaudara yang akan berlangsung hari ini (16 Ogos). Mula datang tiada kerja yang dilakukan hanya memerhati orang sekeliling. Ramai remaja n kanak-kanak bermain, ketawa, belari lepas itu menangis, lucu tengok keadaannya. Orang-orang tua perempuan sibuk di dapur memasak sambil makan 'sigup' untuk hadirin yang berkunjung. Bermula dari cuci piring, gaul daging dalam kuali besar hinggalah basuh kuali, semua di buat oleh orang perempuan tua.

Terasa kesian pulak makcik-makcik tua itu. Bekerja dengan kuat, berkomunikasi bahasa bajau Kota Belud....empunya blog hanya tersenyum bila ditanya....senyum menandakan tidak faham apa yang di kata.

Terus memerhati, empunya blog maju ke ruang depan melihat situasi orang lelaki. Situasi yang sangat berbeza, orang lelaki umur sekitar 40-an duduk melepak bercerita dengan seanggkatan dengannya. Orang lelaki yang berumur 20-an sibuk menyanyi berkaraoke dan orang lelaki sekitar umur 30-an sibuk bermain terup dan berjudi.

Apa sudah jadi dengan orang lelaki Islam sekarang, lupa apa yang dilarang agama. Mereka lalai dengan hiburan dan kebodohan judi. Pulang bagi makan anak bini duit haram (confirm orang yang guna duit tu jadi ????? ......lelaki oh lelaki....moga Tuhan tidak ketemukan jodoh empunya blog dengan lelaki sebegini.....

Thursday, August 14, 2008

Kerajaan buta mata

Hanya ingin tahu......hu....hu.....hu....

Malam semalam (13 Ogos) empunya blog jalan-jalan gi SMKA Inanam, jalan sekitar jam 7.30 after maghrib, empunya blog guna jalan Tuaran By Pass....punya lah buruk jalan dia, gelap gulita lagi (tiada lampu) bak kata orang lama-lama 'tiang tak berlampu'. Tidak tahu lah empunya blog apa hendak di kata, peruntukan jalan raya di Sabah semakin meningkat dari RMKE-8 di tambah lagi dalam rancangan malaysia ke-9, tapi duit hentah ke mana. Asyik-asyik rakyat Sabah di gula-gulakan kerajaan pusat perihatin konon bagi 1 Billion, tapi perbelanjaan hentah ke mana-mana, Kerajaan Sabah beritahu lah rakyat negeri di bawah bayu ini, ke mana wang di belanjakan? tidak juga perasaan yang bukan-bukan lahir seperti perasaan yang empunya blog ini rasakan. Sekiranya kerajaan perihatin terhadap kemalangan jalan raya yang berlaku di Sabah, JKR sepatutnya buat statistik berapa kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan raya Tuaran By Pass.

Empunya blog tersangatlah hairan, d sekitar bandar KK pulak terlebih lampu, pokok-pokok pun dilampukan, tiang-tiang d suluhkan. Takkan nak suluh n lampukkan pokok DBKK?

Persoalan yang selalu lalu d fikiran empunya blog, Kota Kinabalu status Bandaraya? tetapi infrastruktur tidak melambangkan KK ini bandaraya langsung?.....kerajaan buta mata.....@ JKR buta telinga.....sama saja dua-dua buta....anggota....
video

Monday, August 11, 2008

Lagi-lagi hiburan

Petang tadi (11 Ogos) hujan turun tersangat lebat (Alhamdulillah).

First ptg tadi tgk Dina nyanyi dekat UMS sempena Karnival Ria DIGI & UMS. hebat tu suara dia tidak juga laa, biasa-biasa saja.

Penulis sangat lah hairan apa sudah jadi dengan Institut Pengajian Tinggi Awam (UMS), semakin lama semakin buruk aktiviti yang dihidangkan oleh mahasiswa. Tidak melarang karnival DiGI (khas untuk siswazah) mungkin pelan yang d tawarkan itu berbaloi untuk siswazah, tetapi yang penulis tidak puas hati, apa kaitan karnival DIGI dengan Dina dan artis-artis yang melalak tidak tentu fasal. Kalau ia pun Digi hendak buat karnival, biarlah karnival yang diadakan itu setaraf dengan minda mahasiswa. Artis tidak layak langsung dihidangkan untuk mahasiswa dan mahasiswa pun seharusnya menunjukkan yang mereka itu hebat daripada artis. Ini tidak, Dina keluar naik atas pentas, mahasiswa tolol teriak bagai nak mampus, ada juga kedengaran suara-suara lelaki gatal "wow cantiknya badan".

Penulis melihat mahasiswa sekarang ini asyik dihidangkan dengan hiburan melampau atau istilah orang-orang lama hiburan bodoh. Entah di mana NC UMS. Buta kah mata dia, pekak kah telinga dia, n bisu kah mulut dia, tidak tahu menahu apa yang dihidangkan untuk mahasiswa dia.

Sebelum ini (26 Julai) konsert Anuar Zain, pas 2 Dina pas nie lagi akan datang kump Hujan.

Alahai NC, harapkan orang Sabah pandai mentadbir, tapi sama lah pulak dengan yang dulu-dulu

Artis ....mari....(penulisan yang buntu)



Sunday, August 10, 2008

D Mana Logika?

Salam....

D mana logika sebuah kilang memproses kelapa sawit terbina berhadapan dengan sebuah sekolah rendah kebangsaan Kunak Jaya?

D mana logika sebuah kilang boleh tertubuh di tengah-tengah sebuah kawasan perkampungan?

D mana logika sebuah kilang memproses minyak sawit mengeluarkan asap dan mencemarkan udara boleh wujud di kawasan pekan kecil lagi daif rakyatnya?

D mana logika ADUN (yang dulunya YB Jasa) kononya menjaga kebajikan rakyat boleh membenarkan kilang ini beroperasi yang akhirnya menyusahkan rakyat dengan pencemaran yang dihasilkan?

Foto ini di kutip sewaktu penulis berada di tahun 2, salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (2006). Waktu itu kilang tersebut belum lagi beroperasi dan waktu itu juga daerah Kunak di pegang oleh YB Jasa yang terkenal dengan .......(biar penduduk Kunak saja yang tahu).

Kini bila kilang tersebut mula beroperasi, kenderaan berat keluar masuk membahayakan keselamatan penduduk kampung. Jalan raya yang sekian lama elok keadaannya, menjadi rosak akibat penggunaan yang kerap lori berat.

Kerajaan BN jangan sampai hilang nyawa seorang penduduk kampung Kunak Jaya akibat operasi kilang terbabit, baru turun pandang berjumpa rakyat menunjukkan muka keperihatinan yang melampau, walhal bencana tersebut bermula dari kerajaan BN juga. Orang Kampung yang tertipu.....tipu rakyat lagi..lagi...




Thursday, August 7, 2008

'Pub" @ Pusat Kejahilan

Salam buat semua....

Terasa lama tidak kembali, ramai juga blogger beri respon apasal tak Update Minda Kritikal Blog. Ini maknanya ramai juga orang nak tahu isu-isu kritikal di Sabah. Kesempitan masa untuk menulis penyebab terbiarnya blog ini. Penulis tidak tahu sama ada isu yang dibangkitkan dalam penulian ini kritikal atau tidak, kerana sesetengah pendapat ia diperlukan, sesetengah pandangan pula ia wajib di tutup kerana bagi mengelak kebejatan sosial yang semakin melampau, memeningkan kepala 'Musa Aman' yang berpunca darinya juga.

Lesen 'Pub' atau pusat hiburan terletak di tangan kerajaan negeri (pimpinan Musa Aman). Sekiranya ia tidak memberi lesen kepada peniaga jahil tentunya perniagaan jahil ini tidak akan berfungsi. Semalam 6 Ogos, penulis dan rakan (seorang guru) keluar sekitar jam 10 lebih ingin melihat suasana malam sekitar 'pub'.

Penulis hanya 'round' sekitar kawasan kampung air, yang hanya mempunyai 5 lorong dan 5 deretan kedai. Agak terkejut melihat satu baris kedai, kerajaan Islam Hadhari boleh luluskan 3 'Pub'. Penulis mendapati terdapat 6 pub dan beberapa hotel murahan yang agak pelik hotelnya.
Nama pada 'Pub' seolah-olah penulis berada di luar negara saja, semua bahasa orang puteh, tapi tidak mengapalah mungkin kerana Malaysia sudah 50 tahun merdeka, jadi orang Malaysia ingin mengenang kembali bahasa penjajah negaranya sendiri. Sempat juga melihat 'kupu-kupu malam'. Cantik juga, seksi gile, sambil merokok mata tidak tenteram asyik pandang semua arah. Tidak sempat mengutip gambar, beberapa lelaki sedang memerhati kami, penulis n geng pun chau.........malam ini........intai lagi...




Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template