Friday, July 18, 2008

Islam Hadhari di sabah II

(Maaf penulisan yang agak simple)

Mungkin sesetengah pihak tidak menganggap iklan ini sensetif, tapi bagi penulis papan iklan sebegini boleh membawa impak yang besar terhadap umat Islam di Sabah khususnya.

Pertama kali melihatnya sememangnya timbul perasaan pelik mengapa boleh papan iklan arak tersegam indah di kala Islam Hadhari diperbesarkan. Tanya pada ustz/ustzh, mereka hanya berkata "kita tidak boleh samakan negeri Sabah dengan Semj..yang ramai penduduknya beragama bukan Islam, apatah lagi di kawasan Pantai Barat". Kefahaman mula timbul, dan perasaan mengiyakan wujud, mungkin hanya ada di kawasan Pantai Barat (Majoriti Non Muslim).

Namun Begitu, ketika penulis pulang ke Tawau, perasaan tidak puas hati timbul semula apabila mendapati iklan papan Arak yang sama wujud di Sabah kawasan Pantai Timur (Tawau, Sandakan) yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Mengapa keadaan sebegini boleh berlaku? penulis beranggapan keajaan Hadhari negeri Sabah sentiasa meluluskan apa jua iklan yang membawa kepentingan kepada kerajaan Islam Hadhari BN...

Tuesday, July 15, 2008

Pelarian di bumi sendiri

Merempat di bumi sendiri, jahanam Barisan Nasional!! akan pupus BN 2013.

Hanya mampu memandang dan berfikir kebiadaban kerajaan negeri Sabah. Ketiadaan masa untuk menulis....Esok 16 Julai akan ku bongkar isu ini....DBKK tunggu....

Dijanjikan akan diberi penempatan di Kg Warisan, tapi malang janji suda basi...ini lah janji







Monday, July 14, 2008

Kehebatan UMS

Ketiada lapangan masa untuk menulis serta komen... cumanya terasa hebat pula Universiti Malaysia Sabah kerna dapat menjadi Pusat Ilmu sekaligus menjadi pusat hiburan yang juga sekaligus menambahkan bilangan gejala sosial dan sekaligus lagi menambahkan kelalaian pelajar bila lalai sekaligus lagi-lagi menjatuhkan ranking UMS...UMS hebat......

Perutusan Naib Canselor Lt. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon

Tanggungjawab ini amat berat kerana sebagai anak jati Sabah yang pertama dilantik menjadi NC, saya juga perlu memberikan contoh yang terbaik kepada masyarakat untuk membuktikan bahawa orang-orang Sabah atau orang-orang tempatan juga mampu menjadi seorang pemimpin yang cemerlang.

Ini kerana kita mahu membuka mata pelbagai pihak serta melahirkan lebih ramai pemimpin yang terdiri daripada masyarakat tempatan yang berpotensi dan boleh diketengahkan pada masa akan datang.

Dalam masa yang sama, saya juga mahu agar setiap perancangan universiti akan terus dilaksanakan. Setakat ini saya belum mempunyai niat untuk membuat perubahan pada setiap perancangan yang ada kerana saya melihat kesemuanya adalah baik dan perlu diteruskan.

Persoalannya adakah kebaikan konsert yang dia teruskan tradisi turun temurun UMS? baik dari segi Islam? Sosial Mahasiswa? Kewangan Mahasiswa? Keselamatan Mahasiswa? Masa Mahasiswa? dan akhlak mahasiswa?.....

Friday, July 11, 2008

Islam Hadhari Di Sabah

Islam Hadhari di Sabah

Keseragaman papan arah gereja di seluruh Sabah menampakkan kekuatan dan kegahhan gerakan kristian di negeri ini. Bagaimana pula dengan papan arah Masjid wujudkah keseragaman seperti mereka?.
Mungkin ada makhluk mangatakan penting sangatkah papan arah tersebut? fikir secara logik bagi sesiapa (khususnya umat Islam) yang pergi ke Pantai Timur Sabah ( Tawau, Sandakan, LD, Semporna dan Kunak) menggunakan jalan darat, papan arah masjid amat penting untuk umat itu bertemu Tuhannya.
Kepayahan umat Islam untuk menunaikan solat di sekitar pantai Barat terutamanya (Ranau, Kundasang, Telupid, Beluran) amat ketara. Ini kerana agak kurang Masjid atau Surau di sekitar kawasan tersebut, sekiranya ada pun bagi umat yang sekali sekala lalu kawasan tersebut tentunya payah untuk mencari kawasan solat tersebut tanpa papan arah Masjid.
Mengapa ini berlaku? Umat Islam seharusnya peka keadaan ini, kita solat sehari 5 kali, berbanding agama lain mungkin seminggu sekali bermakna umat Islam lebih kerap menggunakan Masjid @ Surau.
Kekerapan ini menunjukkan kita amat memerlukan petanda arah Masjid. Mengapa orang kafir boleh bina papan arah gereja seragam warna, saiz yang boleh dilihat sejauh 100 m di seluruh Sabah. Tetapi umat Islam tidak mampu bina walau pun cuma seragam satu di satu-satu kawasan.
Dulu sewaktu Pairin pimpin Sabah banyak sumbangannya terutama kewangan untuk menyebar luaskan dakyahnya. Tapi bila kita tengok Musa Aman yang pimpin Sabah adakah sumbangannya untuk Islam di Sabah?. Fikir saja...






























Tuesday, July 8, 2008

Masalah jalan d Sabah

Isu jalan raya di Sabah agak kritikal, foto menunjukkan masalah jalan raya di sepanjang Tawau - Kota kinabalu yang di kutip penulis dan mengambil jarak lebih 500KM. Penulis tidaklah hairan dengan masalah ini mungkin disebabkan oleh bentuk muka bumi yang tidak rata, ini juga menjadi alasan beberapa Ahli Parlimen Sabah untuk menjawab pertanyaan rakyat. Tetapi yang peliknya rancangan demi rancangan peruntukan kewangan bagi membaik pulih jalan raya di Sabah semankin meningkat, tetapi keadaan jalan tidak berubah, malah semankin buruk, ke mana wang peruntukan tersebut di salurkan? di mana wang raky

Datuk Ghapur Salleh (AP Kalabakan) berkata dalam Parlimen pada 29 Mei lalu -

Kita nampak Tuan Pengerusi, bahawa di Sabah kadang-kadang ada jalan raya yang sudah dirancang. Dalam Rancangan Malaysia Ke-9, peruntukan dibagi Rancanagn Malaysia Ke-8, hingga Rancangan Malaysia Ke-9 disambung, tetapi ada jalan-jalan raya seperti Jalan Kalabakan-Sepulut, yang memakan belanja RM703 Juta, di mana kontraktor diberi pada RMK-8 lagi. Hingga sekarang ini, kita nampak jalan ini belum dibina sama sekali, belum ada kerja dibuat. Saya mahu tahu kementerian, sampai mana sudah perbelanjaan kita belanja?





















































Monday, July 7, 2008

DBKK perlu tangani bangunan terbengkalai di Kota Kinabalu



Oleh: Nabila abdullah

KOTA KINABALU, 7 Julai (Sabah-kita) - Rakyat Sabah khususnya zon Pantai Barat merasai pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri hari ini.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pihak yang bertanggungjawab mentadbir bandaraya ini bagi memastikan kepesatan yang berlaku tidak menampakkan kepincangan.
Kini, Kota Kinabalu genap lapan tahun menjadi sebuah bandaraya selepas dinaik tarafkan pada 2 Febuari 2000.

Terkini, tinjauan mendapati masih ada lagi bangunan terbengkalai ditengah-tengah bandaraya yang mewujudkan kecacatan pandangan orang ramai yang lalu di kawasan tersebut.

Beberapa pekerja di kawasan tersebut ditemui berpendapat, bangunan tersebut perlu diambil peduli oleh DBKK bagi menagani masalah ‘kejelekkan’ persekitaran.

Seorang pemandu teksi yang ingin dikenali sebagai Samsul Arif, 63 mendakwa, bangunan tersebut telah lama terbengkalai sejak tahun 80-an tetapi hingga kini tiada kesudahan.


"Bangunan ini begini (terbengkalai) sejak tahun 80-an lagi, kita kerja hari-hari tengok bangunan buruk ini tidak tahu bila DBKK mahu baiki bangunan ini”, katanya ketika ditemui.

Menurutnya, bangunan usang ini dulu menjadi sarang penghisap syabu dan pelacuran memaksa DBKK menutup bangunan ini, tetapi itu dulu, kini DBKK juga harus bertanggungjawab memastikan bangunan ini tidak mencemarkan pandangan orang yang lalu di kawasan ini.

Tambahnya, keadaan bertambah teruk sekiranya ada majlis diraikan di Padang Merdeka semua orang yang datang mesti lihat bangunan usang ini dan menimbulkan rasa malu sebagai rakyat Sabah dengan adanya bangunan yang tidak terurus, ujarnya.

Seorang lagi pembantu Bas yang enggan namanya disiarkan mendakwa, dulu DBKK arahkan bangunan ini ditutup kerana terdapat beberapa retakkan, tetapi hari ini kita lihat di bawah bangunan ada peniaga membuka restoran yang di luluskan oleh DBKK, katanya.

“Kita bukan mahu kacau perniagaan orang lain, tapi dulu DBKK arahkan bangunan ini ditutup kerana retak tapi sekarang di bawah bangunan buruk ini ada peniaga restoran”, katanya ketika ditemui sewaktu bekerja.

Tambahnya, bangunan buruk ini terletak berhadapan dengan stesen bas utama zon Pantai Barat seperti Keningau, Papar, Menumbok dan lain-lain tempat. Tentunya orang ramai yang sedang menunggu giliran bas untuk ke sesuatu tempat melihat bangunan ini.

Sungguh memalukan rakyat Sabah,katanya.

Saudara Koh Sing, 53 pula mendakwa, bangunan ini terbengkalai sejak kerajaan Berjaya lagi hingga kini tidak ada penyelesaian.

“Bangunan ini paling tua zaman Berjaya lagi, tengok la pokok pun sudah tumbuh besar di bangunan, lama-lama boleh jadi retak”, katanya.

Justeru katanya, DBKK harus mengambil tindakan yang wajar sama ada membaik pulih bangunan tersebut atau merobohkannya untuk keindahan Kota Kinabalu.

Namun begitu, Pegawai DBKK, Ali Jus menafikan semua dakwaan mengenai bangunan usang tersebut dan mengatakan bangunan itu milik individu yang telah lama di tinggalkan.

katanya, DBKK hanya menutup bangunan dari tingkat satu ke atas tidak pada paras bawah, katanya ketika dihubungi di pejabatnya di sini

Tuesday, July 1, 2008

Tarif elektrik: Penduduk Sabah akan tertekan

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS Sabah, Ustaz Anuar Ali menyifatkan cadangan menaikkan tarif elektrik negeri ini merupakan suatu yang akan menambahkan beban rakyat.

Menurutnya, rakyat Sabah akan merasa lebih beban berbanding rakyat Semenanjung kerana harga barang negeri ini tinggi dan ia akan menambahkan lagi kos hidup rakyat.

Beliau menambah, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi lembut memerintah tetapi di sebalik kelembutannya ia menekan rakyat di samping tidak pernah mendengar suara rakyat.

"Selepas Abdullah memegang tampuk pemerintahan rakyat lebih terbeban dengan kenaikan harga bahan bakar diikuti tarif elektrik dan di tambah dengan keadaan politik negara turut goyah di bawah pentadbiran beliau".

"Bagi menangani masalah ini, Pemuda telah mengadakan kempen kesedaran pengguna menjelaskan kepada rakyat hak pengguna agar kerajaan lebih menjaga kebajikan rakyat," katanya.

Sehubungan itu, Pemuda Sabah mengharap agar Sabah Elektrik Sdn Bhd (SESB) mempertimbangkan cadangan menaikkan tarif elektrik penduduk Sabah berikutan kadar purata pendapatan negeri ini yang rendah.

Apabila ditanya apakah aktiviti terkini pemuda, Ustaz Anuar Ali menjawab Pemuda kini sedang giat menjalankan aktiviti kebajikan rakyat Sabah dengan mendekati semua golongan sesama Islam atau bukan Islam.

Di samping itu, Pemuda turut melancarkan kempen menghadiahkan naskah terjemahan al-Quran kepada golongan bukan Islam bagi mereka memahami Islam yang sebenar. - mks

SAPP bukan ‘Pak turut’ – Yong Teck Lee

Oleh: Nabila Abdullah
KOTA KINABALU, 30 Jun (Sabah-Kita) - Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee menegaskan parti itu bukan ‘Pak turut' seperti Ahli Parlimen Barisan Nasional yang terpaksa menyokong Perdana Menteri (PM) Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi demi menjaga kepentingan peribadi.

" Dulu bila PM kata kereta dari luar (Thailand dan Singapura) tidak boleh isi minyak di negara ini semua orang sokong, mingu depan PM kata kereta dari luar (Thailand dan Singapura) boleh isi minyak di negara ini tiba-tiba semua orang sokong, ini ahli parlimen Barisan Nasional (BN) 'Pak turut' SAPP bukan 'pak turut'.

Tambahnya, sikap politik dari parti-parti lain menjaga kepentingan diri dan akhirnya tidak memberi perhatian kepada masalah rakyat, katanya ketika Majlis pemimpin bersama rakyat dan taklimat isu-isu semasa politik.

Ujar beliau, Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Mansor tidak seharusnya menghantar perisik untuk mengesan ura-ura ada ahli parlimen yang mahu lompat, malah mereka sepatutnya mengatasi masalah yang kita suarakan.

Dakwa beliau, setiap ahli parlimen diberikan RM 1 juta supaya mereka menutup mulut.
"Masalah yang kita (SAPP) timbulkan hari ini adalah masalah dari yang timbul dari dulu, bertahun-tahun lamanya tetapi tidak ada penyelesaian”, Ujarnya.

" Kita bawa ke Parlimen tidak berkesan begitu juga memorandum demi memorandum kita sampaikan kepada PM, tapi apa yang kita cakap tidak ada kesan kepada nasional'.

Presiden SAPP mewakili rakyat negeri Sabah ingin menuntut 20% royalti minyak rakyat yang sebelum ini kerajaan pusat hanya memberi 5% dan menegaskan itu minyak rakyat negeri ini mengapa sukar untuk mendapat minyak milik negeri sendiri.

" Kita punya minyak dia ambil, dan kita minta 20% itu pun tidak boleh", tegas beliau.
Beliau turut mendakwa, negeri menjadi negeri yang termiskin disebabkan oleh pembahagian ekonomi yang tidak seimbang, harga yang kita bayar lebih tinggi berbanding harga di negeri-negeri Semenanjung.

Dakwanya menteri-menteri tidak susah elaun banyak, mereka tidak pandang kesusahan rakyat. Malah elaun hiburan untuk menteri berhibur sebanyak RM 12,000.

kita tidak mahu pemimpin mewah rakyat merana, kita tahu rakyat susah, BN tidak tahu.
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template