Tuesday, July 1, 2008

Tarif elektrik: Penduduk Sabah akan tertekan

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS Sabah, Ustaz Anuar Ali menyifatkan cadangan menaikkan tarif elektrik negeri ini merupakan suatu yang akan menambahkan beban rakyat.

Menurutnya, rakyat Sabah akan merasa lebih beban berbanding rakyat Semenanjung kerana harga barang negeri ini tinggi dan ia akan menambahkan lagi kos hidup rakyat.

Beliau menambah, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi lembut memerintah tetapi di sebalik kelembutannya ia menekan rakyat di samping tidak pernah mendengar suara rakyat.

"Selepas Abdullah memegang tampuk pemerintahan rakyat lebih terbeban dengan kenaikan harga bahan bakar diikuti tarif elektrik dan di tambah dengan keadaan politik negara turut goyah di bawah pentadbiran beliau".

"Bagi menangani masalah ini, Pemuda telah mengadakan kempen kesedaran pengguna menjelaskan kepada rakyat hak pengguna agar kerajaan lebih menjaga kebajikan rakyat," katanya.

Sehubungan itu, Pemuda Sabah mengharap agar Sabah Elektrik Sdn Bhd (SESB) mempertimbangkan cadangan menaikkan tarif elektrik penduduk Sabah berikutan kadar purata pendapatan negeri ini yang rendah.

Apabila ditanya apakah aktiviti terkini pemuda, Ustaz Anuar Ali menjawab Pemuda kini sedang giat menjalankan aktiviti kebajikan rakyat Sabah dengan mendekati semua golongan sesama Islam atau bukan Islam.

Di samping itu, Pemuda turut melancarkan kempen menghadiahkan naskah terjemahan al-Quran kepada golongan bukan Islam bagi mereka memahami Islam yang sebenar. - mks

No comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template