Monday, July 7, 2008

DBKK perlu tangani bangunan terbengkalai di Kota Kinabalu



Oleh: Nabila abdullah

KOTA KINABALU, 7 Julai (Sabah-kita) - Rakyat Sabah khususnya zon Pantai Barat merasai pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri hari ini.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pihak yang bertanggungjawab mentadbir bandaraya ini bagi memastikan kepesatan yang berlaku tidak menampakkan kepincangan.
Kini, Kota Kinabalu genap lapan tahun menjadi sebuah bandaraya selepas dinaik tarafkan pada 2 Febuari 2000.

Terkini, tinjauan mendapati masih ada lagi bangunan terbengkalai ditengah-tengah bandaraya yang mewujudkan kecacatan pandangan orang ramai yang lalu di kawasan tersebut.

Beberapa pekerja di kawasan tersebut ditemui berpendapat, bangunan tersebut perlu diambil peduli oleh DBKK bagi menagani masalah ‘kejelekkan’ persekitaran.

Seorang pemandu teksi yang ingin dikenali sebagai Samsul Arif, 63 mendakwa, bangunan tersebut telah lama terbengkalai sejak tahun 80-an tetapi hingga kini tiada kesudahan.


"Bangunan ini begini (terbengkalai) sejak tahun 80-an lagi, kita kerja hari-hari tengok bangunan buruk ini tidak tahu bila DBKK mahu baiki bangunan ini”, katanya ketika ditemui.

Menurutnya, bangunan usang ini dulu menjadi sarang penghisap syabu dan pelacuran memaksa DBKK menutup bangunan ini, tetapi itu dulu, kini DBKK juga harus bertanggungjawab memastikan bangunan ini tidak mencemarkan pandangan orang yang lalu di kawasan ini.

Tambahnya, keadaan bertambah teruk sekiranya ada majlis diraikan di Padang Merdeka semua orang yang datang mesti lihat bangunan usang ini dan menimbulkan rasa malu sebagai rakyat Sabah dengan adanya bangunan yang tidak terurus, ujarnya.

Seorang lagi pembantu Bas yang enggan namanya disiarkan mendakwa, dulu DBKK arahkan bangunan ini ditutup kerana terdapat beberapa retakkan, tetapi hari ini kita lihat di bawah bangunan ada peniaga membuka restoran yang di luluskan oleh DBKK, katanya.

“Kita bukan mahu kacau perniagaan orang lain, tapi dulu DBKK arahkan bangunan ini ditutup kerana retak tapi sekarang di bawah bangunan buruk ini ada peniaga restoran”, katanya ketika ditemui sewaktu bekerja.

Tambahnya, bangunan buruk ini terletak berhadapan dengan stesen bas utama zon Pantai Barat seperti Keningau, Papar, Menumbok dan lain-lain tempat. Tentunya orang ramai yang sedang menunggu giliran bas untuk ke sesuatu tempat melihat bangunan ini.

Sungguh memalukan rakyat Sabah,katanya.

Saudara Koh Sing, 53 pula mendakwa, bangunan ini terbengkalai sejak kerajaan Berjaya lagi hingga kini tidak ada penyelesaian.

“Bangunan ini paling tua zaman Berjaya lagi, tengok la pokok pun sudah tumbuh besar di bangunan, lama-lama boleh jadi retak”, katanya.

Justeru katanya, DBKK harus mengambil tindakan yang wajar sama ada membaik pulih bangunan tersebut atau merobohkannya untuk keindahan Kota Kinabalu.

Namun begitu, Pegawai DBKK, Ali Jus menafikan semua dakwaan mengenai bangunan usang tersebut dan mengatakan bangunan itu milik individu yang telah lama di tinggalkan.

katanya, DBKK hanya menutup bangunan dari tingkat satu ke atas tidak pada paras bawah, katanya ketika dihubungi di pejabatnya di sini

No comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template