Friday, July 18, 2008

Islam Hadhari di sabah II

(Maaf penulisan yang agak simple)

Mungkin sesetengah pihak tidak menganggap iklan ini sensetif, tapi bagi penulis papan iklan sebegini boleh membawa impak yang besar terhadap umat Islam di Sabah khususnya.

Pertama kali melihatnya sememangnya timbul perasaan pelik mengapa boleh papan iklan arak tersegam indah di kala Islam Hadhari diperbesarkan. Tanya pada ustz/ustzh, mereka hanya berkata "kita tidak boleh samakan negeri Sabah dengan Semj..yang ramai penduduknya beragama bukan Islam, apatah lagi di kawasan Pantai Barat". Kefahaman mula timbul, dan perasaan mengiyakan wujud, mungkin hanya ada di kawasan Pantai Barat (Majoriti Non Muslim).

Namun Begitu, ketika penulis pulang ke Tawau, perasaan tidak puas hati timbul semula apabila mendapati iklan papan Arak yang sama wujud di Sabah kawasan Pantai Timur (Tawau, Sandakan) yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Mengapa keadaan sebegini boleh berlaku? penulis beranggapan keajaan Hadhari negeri Sabah sentiasa meluluskan apa jua iklan yang membawa kepentingan kepada kerajaan Islam Hadhari BN...

4 comments:

Anonymous said...

^_~! hebat kau penulis. Siap ambil gambar di setiap laluan yang dilalui. Bagus-bagus. Saya pasti penulis akan menjadi suara rakyat yang konsisten. Mahu tanya, parti apa BEST?

Yang saya tahu Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional kedua-duanya dipimpin Melayu. Tiada perubahan cuma pengaruh kepimpinan sahaja yang berubah.

Mungkin juga akan diperkenalkan apa yang dikatakan Agenda Ekonomi Baru yang berkemungkinan akan mengantikan Dasar Ekonomi Baru sekiranya Pakatan Rakyat berjaya PRU13.

Mungkin juga Najib kekal PM ke-6 tetapi hanya untuk 1 atau 2 penggal. Mungkin juga pertarungan antara Nurul Izzah Anwar dan Khairy Jamaluddin bakal menyaksikan PM termuda bakal terhasil.

Semuanya perihal mungkin hanya kita merancang tetapi Tuhan Maha Menentukan.

Malaysia adalah Multiracial.

Pakatan Rakyat [PKR,DAP,PAS]
Barisan Nasional [UMNO,MCA,MIC]

^_~! parti apa BEST? Bagaimana dengan hak Sabah/Sarawak kelak?

Laxmana said...

Salam Nabila...

Isu Sabah ni, semua orang jadi bingung. Bukan takat arak je, keruntuhan sosial anak-anak muda yang semakin lama semakin parah, isu jenayah, isu pendatang tanpa izin yang sekiranya disiasat semula, ada di antara mereka yang sebenarnya sudah layak diberikan kewarganegaraan mengikut prinsip jus soli, ada yang lahir di bumi Sabah yang tercinta, namun akibat kekhilafan beberapa individu menyebabkan mereka ini dilabelkan sebagai pati, isu Jabatan Pendaftaran Negara yang kurang berkesan, Imigresen Kastam yang ntahapapantah, isu yang paling teruk lagi, korupsi yang berleluasa hatta di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)sendiri, dan bermacam-macam lagi.

Kita sebagai anak muda, anak jati kelahiran negeri Sabah ini lah yang sebenarnya harus memikirkan cara untuk mengatasinya. Anak-anak kelahiran negeri2 lain bukan main lantang mempertahankan negeri mereka, kita bila?

Oleh itu, jom kita bersama, hurai isu-isu yang berkaitan dengan Sabah untuk tatapan umum, biar semua orang faham apa sebenarnya yang berlaku di Sabah ini. (saya hurai satu, awak hurai satu, dan kita cari rakan-rakan yang lain untuk turut sama menghurainya)

Dan Nabila, saya mengalu-alukan, semua anak muda yang sudah serik dengan gagasan yang ada untuk turun ke gelanggang... Inilah masanya...

Dan kepada Zaidi...
Soalnya bukan parti mana yang best, soalnya Parti mana yang ambil berat dan boleh menerima cadangan KITA...

Kepada Nabila dan Zaidi...
Salam Perkenalan...

Anonymous said...

lama tidak update blog ka?

Anonymous said...

Untuk kesenangan Dunia & Akhirat, berpandukanlah pada Al-Quran akan tetapi kena berhati-hati kerana takut pula digelar lagi yang bukan-bukan.

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template