Monday, July 14, 2008

Kehebatan UMS

Ketiada lapangan masa untuk menulis serta komen... cumanya terasa hebat pula Universiti Malaysia Sabah kerna dapat menjadi Pusat Ilmu sekaligus menjadi pusat hiburan yang juga sekaligus menambahkan bilangan gejala sosial dan sekaligus lagi menambahkan kelalaian pelajar bila lalai sekaligus lagi-lagi menjatuhkan ranking UMS...UMS hebat......

Perutusan Naib Canselor Lt. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon

Tanggungjawab ini amat berat kerana sebagai anak jati Sabah yang pertama dilantik menjadi NC, saya juga perlu memberikan contoh yang terbaik kepada masyarakat untuk membuktikan bahawa orang-orang Sabah atau orang-orang tempatan juga mampu menjadi seorang pemimpin yang cemerlang.

Ini kerana kita mahu membuka mata pelbagai pihak serta melahirkan lebih ramai pemimpin yang terdiri daripada masyarakat tempatan yang berpotensi dan boleh diketengahkan pada masa akan datang.

Dalam masa yang sama, saya juga mahu agar setiap perancangan universiti akan terus dilaksanakan. Setakat ini saya belum mempunyai niat untuk membuat perubahan pada setiap perancangan yang ada kerana saya melihat kesemuanya adalah baik dan perlu diteruskan.

Persoalannya adakah kebaikan konsert yang dia teruskan tradisi turun temurun UMS? baik dari segi Islam? Sosial Mahasiswa? Kewangan Mahasiswa? Keselamatan Mahasiswa? Masa Mahasiswa? dan akhlak mahasiswa?.....

2 comments:

Anonymous said...

Apa yang berlaku dalam UMS, tinggal dalam UMS.

Nabila Abdullah said...

Mana boleh, apa yang berlaku dalam UMS memberi impak yang besar dengan kawasan sekitarnya, mungkin kamu kurang faham dengan gejala sosial di UMS. Kebiasanya setiap konsert yang diadakan akan menghasilkan masalah-masalah yang berpanjangan. (Couple-hubungan rapat-terlebih rapat) itu masalah sebenar. Lagi pula, harga tiket RMi00, RM200 dan rm300 tak kah membazir wang pelajar.

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template