Monday, October 20, 2008

d mana mau ambil wudhuk nih?

Masuk kampung, empunya blog singgah satu Masjid nak solat lah nih, time nk whuduk pulak X da tempat yang elok...hampeh AP Kota belud (entah ada kah dia buat keja).

Sunday, October 19, 2008

Kemalangan depan ofis UMNO Sepanggar

Salam......

Petang tadi 19 Okt, empunya blog menghadiri majlis jamuan hari raya yang di anjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Sabah. Suasana agak meriah, tetapi hujan turun agak lebat memungkinkan ia mengurangkan bilangan hadirin yang datang. Empunya blog pergi bersama rakan sekerja Nurlia, pergi hanya sebentar. Sewaktu dalam perjalanan pulang dari majlis itu, empunya blog terlihat sebuah kereta perodua Kancil mengalami kelamangan. Tidak ada apa yang boleh di bantu kerana ramai orang yang lalu lalang berhenti memberikan bantuan. Hanya mampu berkata dalam hati "Mudah-mudah Allah tidak menguji aku sebegini" otak buntu nokta

Bernard Dompok perlekeh Islam, PAS Sabah lapor polis

Oleh: Nabila Abdullah

KOTA KINABALU, 19 Okt (Hrkh)
- Dewan Pemuda PAS Sabah menyifatkan kenyataan media Tan Sri Bernard Dompok yang disiarkan dalam akhbar tempatan Sabah baru-baru ini,sebagai memperlekeh agama Islam dan dianggap biadap serta mengandungi unsur hasutan.

Justeru, Naib Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu dan diiringi oleh beberapa orang pimpinan kanan PAS Sabah telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Karamunsing di sini, semalam bagi menunjukan bantahan.

"Kami harap tindakan tegas dapat diambil dari pihak berwajib terhadap Bernard Dompok yang secara terang-terangan mencabar dan menentang kuasa Majlis Raja-Raja sebagai pelindung agama Islam di negara ini,"katanya.

Tambahnya,"kami kecewa dengan tindakan Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO) yang seolah-olah dilihat ingin mencetuskan polimik antara agama yang berpanjangan di Malaysia."

Beliau yang juga bekas Setiausaha Pemuda Sabah berkata,tindakan Bernard jelas berniat jahat kerana ia akan menimbulkan suasana tegang di antara penganut agama Islam dengan penganut agama lain di negeri ini.

Pemuda PAS Sabah juga berasa janggal dengan pimpinan Barisan Nasional (BN) khususnya yang beragama Islam kerana tiada bantahan yang dibuat dalam isu ini, sedangkan ketika isu forum Majlis Peguam dahulu ramai yang tampil cuba menjadi juara.

"Bagi kami hal ini menunjukkan sikap double standard pemimpin BN dalam mempertahankan agama Islam dan sikap terlalu menjaga kedudukan politik BN yang dilihat tidak mendapat sokongan rakyat ,"ujar beliau.

Berkait isu ini, Dewan pemuda PAS khususnya PAS Sabah mengingatkan kepada pemimpin atau individu dalam negara ini agar jangan sesekali berani bermain api dengan menyentuh sentimen agama kerana kami komited mempertahankan kesucian Islam dengan apa cara sekalipun.

Lahirul turut mencadangkan agar Bernard memfokuskan halatuju perjuangan beliau untuk membantu menyelamatkan negara di saat dunia mengalami masalah ekonomi, bukan cuba menimbulkan huru hara kepada Malaysia.

Baru-baru ini Presiden UPKO, Bernard Dompok membuat onar dalam ucapannya pada Kongres ke-12 pertubuhan itu dengan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini umumnya dan umat Islam di Sabah khususnya.

Turut hadir dalam membuat laporan tersebut, Ketua Pemuda PAS Sabah, Anuar Ali,Timbalan Persuruhjaya PAS, Hamzah Abdullah,Setiausaha Pemuda Sabah, Firdaus Fuad, Setiausaha Yayasan Amal, Saifuddin Ahmad dan beberapa ahli Yayasan Amal Sabah. - mks._

Berita ini di petik dari www.harakahdaily.net

Thursday, October 16, 2008

Anak pemimpin Islam Hadhari.....

Bila empunya Blog tengok ini foto, rasa hebat juga keluarga pemimpin Islam Hadhari nie....hihihi...dalam menyesatkan umat Islam...huhuhu.

Wednesday, October 15, 2008

Urang Sabah Urang Susah?

Beberapa hari lalu empunya blog pergi ke Kota Belud, biasa satu daerah yang terkenal dengan jalan rayanya yang penuh dengan najis hamba Allah yang tidak di kurniakan akal. Tidak mengapalah, jikalau Pencipta kurniakan akal tentunya haiwan tersebut malu hendak membuang merata-rata. Empunya blog drive macam ular, bengkang bengkok elak najis, bila empunya blog terkena...arhh tekanan busuk keta.

Namun, busuk keta bukan isunya. Bila empunya blog masuk ke Kampung Lentigi untuk melawat keluarga yang sekian lama tidak di kunjugi. Akak kepada ayah empunya blog yang pernah menjaga empunya blog suatu ketika dulu.

Sebelum tiba di rumah makcik empunya blog, empunya blog ada melalui beberapa rumah yang menarik hati untuk empunya blog singgah. Singgah kerana melihat kedaifan rumah.

Kesian wanita tua yang tidak mengetahui berapa umurnya bila di tanya, memandang empunya blog dengan penuh kegembiraan. Seolah-olah meminta suatu pengharapan. Empunya blog pun hanya mampu tersenyum.

Wanita tua tersebut mempunyai dua orang anak dan tanpa suami, telah menetap di Kampung tersebut ketika dia masih remaja lagi. Seorang anak perempuan wantia tua itu sudah pun berkahwin lalu mengikut suaminya. Manakala seorang lagi anak lelaki wanita tua itu dikatakan akal pendek (terencat akal) tinggal dengannya di rumah yang empunya blog sukar hendak lebel kan sama ada rumah atau pun pondok buruk.

Sebuah pondok yang tiada bekalan air dan elektrik, malah untuk mendapatkan bekalan air, wanita tua itu terpaksa berjalan ke rumah jiran untuk mendapatkannya, dengan keuzuran wanita tua itu tidak mampu menganggkat bilangan botol yang banyak. Pengharapan cahaya pondok pula, wanita tua itu hanya berharap pada lilin sahaja yang bila-bila masa bakal membakar pondok buruk itu yang di perbuat daripada daun nipah.

Menurut wanita tua tersebut, jabatan kebajikan KB sudah beberapa kali datang mengambil gambar untuk diberikan bantuan bulanan, namun hingga ke hari ini bantuan tersebuat belum lagi diberikan.

Apabila emunya blog bertanya dari mana sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan, wanita tua itu menjawab, "Tiada sumber (kewangan) pendapatan, hanya mengharapkan ekhsan dari orang ramai".

Jika empunya blog masuk ke dalam pondok tersebut, empunya blog mendapati saiz pondok buruk tersebut sangat kecil. Dengan ruangan kecil itu, wanita tua itu memasak, membasuh pinggan mangkuk, tidur, dan merehatkan diri.

Bila empunya blog merasakan susahnya diri. rupa-rupa nya ada lagi orang yang lebih susah. Tiba-tiba timbul rasa bersyukur diri empunya blog tidak mendapat ujian sehebat itu. Bila empunya blog melihat pimpinan kanan kerajaan (Pak Lah, Najib dan sekutunya) yang hidup dalam keadaan mewah membiarkan rakyatnya hidp melarat.

Di mana peranan kerajaan dalam menangani isu kemiskinan. Di mana gula-gula Rm1 billion untuk rakyat Sabah, di mana elaun untuk rakyat miskin di Sabah yang kononya elaun itu di tambah, Jikalau di tambah berapa bilangannya?



Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template