Wednesday, October 15, 2008

Urang Sabah Urang Susah?

Beberapa hari lalu empunya blog pergi ke Kota Belud, biasa satu daerah yang terkenal dengan jalan rayanya yang penuh dengan najis hamba Allah yang tidak di kurniakan akal. Tidak mengapalah, jikalau Pencipta kurniakan akal tentunya haiwan tersebut malu hendak membuang merata-rata. Empunya blog drive macam ular, bengkang bengkok elak najis, bila empunya blog terkena...arhh tekanan busuk keta.

Namun, busuk keta bukan isunya. Bila empunya blog masuk ke Kampung Lentigi untuk melawat keluarga yang sekian lama tidak di kunjugi. Akak kepada ayah empunya blog yang pernah menjaga empunya blog suatu ketika dulu.

Sebelum tiba di rumah makcik empunya blog, empunya blog ada melalui beberapa rumah yang menarik hati untuk empunya blog singgah. Singgah kerana melihat kedaifan rumah.

Kesian wanita tua yang tidak mengetahui berapa umurnya bila di tanya, memandang empunya blog dengan penuh kegembiraan. Seolah-olah meminta suatu pengharapan. Empunya blog pun hanya mampu tersenyum.

Wanita tua tersebut mempunyai dua orang anak dan tanpa suami, telah menetap di Kampung tersebut ketika dia masih remaja lagi. Seorang anak perempuan wantia tua itu sudah pun berkahwin lalu mengikut suaminya. Manakala seorang lagi anak lelaki wanita tua itu dikatakan akal pendek (terencat akal) tinggal dengannya di rumah yang empunya blog sukar hendak lebel kan sama ada rumah atau pun pondok buruk.

Sebuah pondok yang tiada bekalan air dan elektrik, malah untuk mendapatkan bekalan air, wanita tua itu terpaksa berjalan ke rumah jiran untuk mendapatkannya, dengan keuzuran wanita tua itu tidak mampu menganggkat bilangan botol yang banyak. Pengharapan cahaya pondok pula, wanita tua itu hanya berharap pada lilin sahaja yang bila-bila masa bakal membakar pondok buruk itu yang di perbuat daripada daun nipah.

Menurut wanita tua tersebut, jabatan kebajikan KB sudah beberapa kali datang mengambil gambar untuk diberikan bantuan bulanan, namun hingga ke hari ini bantuan tersebuat belum lagi diberikan.

Apabila emunya blog bertanya dari mana sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan, wanita tua itu menjawab, "Tiada sumber (kewangan) pendapatan, hanya mengharapkan ekhsan dari orang ramai".

Jika empunya blog masuk ke dalam pondok tersebut, empunya blog mendapati saiz pondok buruk tersebut sangat kecil. Dengan ruangan kecil itu, wanita tua itu memasak, membasuh pinggan mangkuk, tidur, dan merehatkan diri.

Bila empunya blog merasakan susahnya diri. rupa-rupa nya ada lagi orang yang lebih susah. Tiba-tiba timbul rasa bersyukur diri empunya blog tidak mendapat ujian sehebat itu. Bila empunya blog melihat pimpinan kanan kerajaan (Pak Lah, Najib dan sekutunya) yang hidup dalam keadaan mewah membiarkan rakyatnya hidp melarat.

Di mana peranan kerajaan dalam menangani isu kemiskinan. Di mana gula-gula Rm1 billion untuk rakyat Sabah, di mana elaun untuk rakyat miskin di Sabah yang kononya elaun itu di tambah, Jikalau di tambah berapa bilangannya?



1 comment:

Unknown said...

Bukan semua nya begini tapi ramai yang sewaktu dgn mereka...mereka kurang maklumat untuk menukar kerajaan semasa pilihanraya???Itu lah sebahagian dari perancangan mereka yang mahu mangaut kuasa dan kekayaan negeri...Kalau direnungkan tak ubah seperti orang india disemenanjung yang pimpinan mereka mahu agar kaum ini terus berada diestet..so jadi pak turut je derba kekurangan maklumat dan pembangunan...Bila mereka dapat maklumat dan pendidikan ...lihat lah apa dah jadi dgn mic???ditolak mentah oleh mejoriti orang india dalam election yang lepas....bagaimana ngan Sabah...sampai bila mereka akan sedar????

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template