Friday, July 11, 2008

Islam Hadhari Di Sabah

Islam Hadhari di Sabah

Keseragaman papan arah gereja di seluruh Sabah menampakkan kekuatan dan kegahhan gerakan kristian di negeri ini. Bagaimana pula dengan papan arah Masjid wujudkah keseragaman seperti mereka?.
Mungkin ada makhluk mangatakan penting sangatkah papan arah tersebut? fikir secara logik bagi sesiapa (khususnya umat Islam) yang pergi ke Pantai Timur Sabah ( Tawau, Sandakan, LD, Semporna dan Kunak) menggunakan jalan darat, papan arah masjid amat penting untuk umat itu bertemu Tuhannya.
Kepayahan umat Islam untuk menunaikan solat di sekitar pantai Barat terutamanya (Ranau, Kundasang, Telupid, Beluran) amat ketara. Ini kerana agak kurang Masjid atau Surau di sekitar kawasan tersebut, sekiranya ada pun bagi umat yang sekali sekala lalu kawasan tersebut tentunya payah untuk mencari kawasan solat tersebut tanpa papan arah Masjid.
Mengapa ini berlaku? Umat Islam seharusnya peka keadaan ini, kita solat sehari 5 kali, berbanding agama lain mungkin seminggu sekali bermakna umat Islam lebih kerap menggunakan Masjid @ Surau.
Kekerapan ini menunjukkan kita amat memerlukan petanda arah Masjid. Mengapa orang kafir boleh bina papan arah gereja seragam warna, saiz yang boleh dilihat sejauh 100 m di seluruh Sabah. Tetapi umat Islam tidak mampu bina walau pun cuma seragam satu di satu-satu kawasan.
Dulu sewaktu Pairin pimpin Sabah banyak sumbangannya terutama kewangan untuk menyebar luaskan dakyahnya. Tapi bila kita tengok Musa Aman yang pimpin Sabah adakah sumbangannya untuk Islam di Sabah?. Fikir saja...






























3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera juga.

Ini pertama kali saya menghantar komen kepada kamu. Saya juga berharap selepas ini kamu akan faham dan sesama kita mesti ada isu masing-masing kan?

Nda payah cerita pasal agama la sebab ini benda sensitif yang kita di Sabah ini kena hormati agama antara satu sama lain. Kita juga di ajar agar kita mesti mempunyai pegangan yang kukuh dalam agama kita untuk kita pas-pas kepada anak-anak masing-masing juga.

Islam Hadhari atau Islam ada sama sahaja kerana kedua-duanya memperjuangkan ajaran yang sama kerana saya juga boleh katakan kita ini sebagai Islam Moden.

Dalam menuju ke arah negara yang membangun dan maju dalam konteks minda umum tahu bahawa perjuangan ra'ayat Malaysia memang belum selesai dan apapun perancangan PM dulu hingga kini hendaklah kita hormati dan amati betul2.

Mungkin agak keterlaluan pula untuk saya berpanjang lebar mungkin akan tetapi reaksi spontan ini keluar kerana tidak sengaja juga kan, saya minta diri dan harap terima komen saya ini semampunya.

Nabila Abdullah said...

Maaf lah sekiranya kamu rasa isu ini sensetif, apa yang saya maksudkan melalui penulisan ini:

1. Mengapa gerakan kristian di Sabah hebat, tetapi malangnya gerakan Islam hampeh?

2. Mengapa dulu Pairin pimpin Sabah dia majukan agamanya, dia ambil kesempatan jawatan untuk bela agamanya, tapi bila Orang Islam yang pimpin Sabah dia buat tidak tahu saja? berapa ramai umat Islam di Sabah yang murtad?

3. Islam Hadari moden? siapa yang bawa Islam Hadhari? PAk Lah, tengok anak bini dia macam mana? itu Islam moden ka?oooo baru saya tahu itu Islam moden. Hebatnya Islam moden.

cicak said...

Salam,

saja sebagai pendapat,

sa rasa si Flip-Flop tu buat tu Hadhari, untuk counter dengan Islam yang PAS perjuangkan.

Agama sepatutnya tidak boleh dipolitikkan. Sebab dalam politik, macam-macam boleh terjadi.

Dan mengikut naluri manusia, semua yang x bagus lah. Erk.
Saja sebagai pendapat.

Teruskan menulis. Blog anda sangat bermakna utk dibaca :)

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template