Tuesday, July 1, 2008

SAPP bukan ‘Pak turut’ – Yong Teck Lee

Oleh: Nabila Abdullah
KOTA KINABALU, 30 Jun (Sabah-Kita) - Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee menegaskan parti itu bukan ‘Pak turut' seperti Ahli Parlimen Barisan Nasional yang terpaksa menyokong Perdana Menteri (PM) Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi demi menjaga kepentingan peribadi.

" Dulu bila PM kata kereta dari luar (Thailand dan Singapura) tidak boleh isi minyak di negara ini semua orang sokong, mingu depan PM kata kereta dari luar (Thailand dan Singapura) boleh isi minyak di negara ini tiba-tiba semua orang sokong, ini ahli parlimen Barisan Nasional (BN) 'Pak turut' SAPP bukan 'pak turut'.

Tambahnya, sikap politik dari parti-parti lain menjaga kepentingan diri dan akhirnya tidak memberi perhatian kepada masalah rakyat, katanya ketika Majlis pemimpin bersama rakyat dan taklimat isu-isu semasa politik.

Ujar beliau, Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Mansor tidak seharusnya menghantar perisik untuk mengesan ura-ura ada ahli parlimen yang mahu lompat, malah mereka sepatutnya mengatasi masalah yang kita suarakan.

Dakwa beliau, setiap ahli parlimen diberikan RM 1 juta supaya mereka menutup mulut.
"Masalah yang kita (SAPP) timbulkan hari ini adalah masalah dari yang timbul dari dulu, bertahun-tahun lamanya tetapi tidak ada penyelesaian”, Ujarnya.

" Kita bawa ke Parlimen tidak berkesan begitu juga memorandum demi memorandum kita sampaikan kepada PM, tapi apa yang kita cakap tidak ada kesan kepada nasional'.

Presiden SAPP mewakili rakyat negeri Sabah ingin menuntut 20% royalti minyak rakyat yang sebelum ini kerajaan pusat hanya memberi 5% dan menegaskan itu minyak rakyat negeri ini mengapa sukar untuk mendapat minyak milik negeri sendiri.

" Kita punya minyak dia ambil, dan kita minta 20% itu pun tidak boleh", tegas beliau.
Beliau turut mendakwa, negeri menjadi negeri yang termiskin disebabkan oleh pembahagian ekonomi yang tidak seimbang, harga yang kita bayar lebih tinggi berbanding harga di negeri-negeri Semenanjung.

Dakwanya menteri-menteri tidak susah elaun banyak, mereka tidak pandang kesusahan rakyat. Malah elaun hiburan untuk menteri berhibur sebanyak RM 12,000.

kita tidak mahu pemimpin mewah rakyat merana, kita tahu rakyat susah, BN tidak tahu.

No comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template